Showing posts with label Dapur LisSa. Show all posts
Showing posts with label Dapur LisSa. Show all posts

Friday, May 07, 2010

Line internet yang hampes dan…nak jadi cikgu…nak jadi cikgu…

Keciwa…lately internet kt umah ni dah makin teruk… bile la nak dpt connection yang laju… owh telecommunications companies sume… bile la anda nak upgrade service utk kwsn luar bandar? Poor me for being trapped here…

Meanwhile, my obsession nak jadi cikgu makin membara dalam diriku ini… agak2nye bila la peluang tu bakal tiba… rase nak share my knowledge dgn kanak2 kt kwsn ni makin memuncak… sayang coz to me, I’m qualified nak jadi cikgu but my qualification tu tak di’maximise’kan

Kan bagus kalau ade collaboration between Sime Darby and Kementerian Pendidikan for Executives’ Wives yang ada qualification dpt apply direct to teach here in estates’ school… sampai camni skali aku leh terpikir nih… nak je rasanye tulis surat kpd atasan Sime Darby or Kementerian…

Okay…sessi luahan perasaan dah selamat… :P now, cooking review session… dah lame tak update… heheeee




On 16th April 2010, me try lagi wat chocolate cake using other recipe. But this cake was not my feveret lah… maybe becoz of the ingredients kot… kek ni jadi mcm kenyal gitu… me share recipe k… mane la tau kot2 ade kwn2 yg teringin nak cuba steam chocolate cake without eggs, oils, and butter =)


Bahan-bahan
2 cawan Tepung Gandum
2 cawan Gula
1 cawan Susu Cair
3/4 cawan Serbuk koko
1 cawan Air Panas
1/4 sudu kecil Soda Bikarbonat
1/4 sudu kecil Baking Powder
Esen Vanilla
3 biji telur

Cara-cara
1.Bancuh serbuk koko dengan air panas.
2.Kacau kesemua bahan sehingga sebati.
3.Kukus selama 1 jam.


Then, on the 26th of April 2010, Hubby made us a special menu… mama & Myiesha tunggu je… tinggal makan je… wah syiok betulll…. Ni kire menu anniversary lah… hahaaa… TQVM Lovely HubbY =)





Now, nk share cite labor day lak… hubby kene keje jugak sbb tutup account April… routine biasa hubby busy every early and month-end… me and Myiesha dah paham sgt dah… (Myiesha pon phm gak sbb time2 gitu biase nye ayah dia tak balik selalu mcm hari2 biasa)

Pagi2 hubby dah kuar dah gi opis… mama and Myiesha waiting patiently kt umah.. cewah… hubby balik je… both of us dah tunjuk happy face sambut ayah balik… nampak happy face Myiesha, hubby pon ajak gi mandi kt Mostyn(estate sebelah) Water Spring… nampak happy sgt Myiesha and Ayah dalam gamba nih… =)



Ni pulak, gamba Myiesha in the air… =D pada suatu petang di halaman rumah kami =)



Monday, April 12, 2010

Happily Busy Me


Lately, me kinda having lots of fun and activity =) Early April, my beloved parents & grandparents visit us and we had joys and gained some new experiences. Since there were 6 of us, we can’t fit in a car to move around. So, hubby rent a van for us. For the first time, Myiesha naik van yang don’t have air-cond and yang kelakarnye, bile sampai je ke destinasi, baby AiLaa sweating sampai baju lencun... sian baby mama...heheee...

Myiesha sayang sgt kt atuk, nenek & moyang dia...suke dia main sampaikan bila kiteorg anta my parents & grandparents nak balik ke airport, Myiesha still pandang ke arah tmpt duduk yg my parents & grandparents duduk kt belakang van. Sian dia mcm tercari2 mane atuk,nenek & moyang dia... takpe k sayang mama & ayah, raya nanti kite balik jumpe semua org2 yg kita sayang... <3

Lepas my parents & grandparents balik, our basic family of 3 ni, sunyi la balik... utk mengubat kesunyian & sekaligus menghabiskan stok ikan kembung yang byk ayah belikan kt umah ni, tercetus la idea nak buat Laksam... and me pon start la carik recipe... jumpe recipe from Cari Forum and alhamdulillah Laksam menjadi on my first trial at 8 April 2010--- TQVM Members @ Cari =)

Then, on 9th April 2010 pulak... my friends from SCM visit us =) they stayed at our home for one night before they went to Semporna & Mabul to snorkelling... TQVM Cummy, Heng & Am for visiting us and cheer up our day...

Rase sunyi lagi after so many activities or should I say not my routine activity with family & friends visits membuatkan me bersemangat lagi nak masak... heheeheee... since it’s Sunday and hubby have to stand by kat estate, we dok umah je... bosan punye pasal, carik recipe ape nak masak yang sesuai dgn brg2 yg ade kt umah... maka, Nasi Tomato & Ayam Masak Merah menjadi pilihan =) Nasi Tomato by Me and Ayam Masak Merah by my beloved Hubby =) Sedap dan Nyummmyy!!!

So, me nak share those recipes here with my friends & viewers sume... jom la masak recipe ni...recommended by Me ;)




The Recipes

LAKSAM TERENGGANU

Bahan-bahan membuat laksam:

2 cawan tepung beras
4 cawan air
? sudu kecil air kapur
2  sudu kecil tepung ubi
secubit garam

Cara menyediakan:

Bancuh semua bahan-bahan hingga rata. Biarkan selama 10 minit.
Sapu minyak dalam tudung periuk dan panaskan pengukus, letakkan tudung periuk dalam pengukus.
Tuangkan satu senduk adunan ratakan nipis-nipis. Kukus hingga masak ( adunan akan terangkat menggelembung bila masak)
Angkat dan gulung kemas-kemas (spt gambar di atas). Buat begini hingga selesai semuanya.
Potong laksam bulat-bulat dan taburkan bahan ulam serta tuangkan kuah scukupnya.
Letakkan sedikit sambal belacan (cili ditumbuk dgn belacan dan sedikit garam)
Sedia dihidangkan.

Bahan untuk kuah:

4 ekor ikan kembung/selayang
1 sudu besar lada hitam
5 ulas bawang merah
1 biji kepala parut } diambil santannya
2 keping asam gelugur
1.5 cm halia
sedikit garam

Cara membuat kuah:

Ikan kembung dibersihkan kemudian direbus hingga masak.
Toskan kemudian ambil isi ikan ditumbuk hingga lumat.
Tumbuk bawang merah, lada hitam dan halia hingga lumat.
Masukkan semua bahan tumbuk serta santan dalam periuk, masukkan asam gelugur dan garam secukup rasa.
Jerang di atas api hingga mendidih dan sebati.

Bahan untuk ulam: ( Yang ni me tak wat pon...heheeee...)

Daun kesum } dimayang halus
Kacang panjang } dimayang
Timun } dimayang
Daun selasih/kemangi } dimayang
Taugeh } buang ekor


NASI TOMATO (taken from http://www.myresipi.com/top/detail/74 ) TQVM =)

Bahan-bahan ( 4 orang ) - me wat half je coz 2 org je nak makan...

2 cawan beras basmati
2 biji tomato-potong dadu
2 cawan air
1/2 cawan susu - me used susu segar
3 sudu besar sos tomato
1 helai daun pandan
sedikit garam

## Bahan tumis ##
2 sudu mentega/ minyak sapi
2cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
2 ulas bawang putih-hiris
1/4 bawang besar dihiris

## Hiasan ##
Bawang goreng
Cara-cara

Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan
Panaskan mentega/ minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau
Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan sos tomato, tomato, susu, air, daun pandan dan sedikit garam
Masaklah nasi macam biasa.
Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng

AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan :

Cili Boh
Sos Cili
Sos Tiram
Bawang besar
Cili besar dihiris
Ayam – digoreng

Note: Sorry the amount yang nak letak tu hubby agak2 je...

Langkah :

Tumis cili boh sampai naik bau then masukkan sos cili dan sos tiram secukup rasa. Masukkan bwg besar dan ayam... last skali masukkan hirisan cili besar,ayam dan garam sesedap rasa =)

Thursday, March 18, 2010

Gagal....~~




My Second Baking Trial = GAGAL

Punca : Me pandai2 buat setengah adunan & kurangkan telor... heheheeee...
Hasil : Loyang yg terlalu besar pon membuatkan kek menipis mcm pie =P
Note to self : Jgn la cepat putus asa...cuba lagi.... =P

Kek ini hanya sedap dimakan ketika panas sahaja... hasilnye, ade lg 3/4 dlm fridge...kui3x

Saturday, March 06, 2010

Baking Part One


Alhamdulillah...percubaan pertama menjadi... =)
I like it...
Kawan2 jom la cuba...

ni resipi amik kt resipi.net kalau tak silap... (dah byk sgt recipe di 'copy' sampai confuse)
itulah akibat obses nak 'baking' =P




KEK COKLAT MOIST MYRA [BeeComel]




A


2 cwn tepong gandum 

1 cwn koko

2 cwn gula

2 s/t soda bikarbonat

1 s/t baking powder


B

1 1/2 cwn air sejuk (dari peti ais)

2 s/t nescafe (dilarutkan dlm sedikit air panas)

1 s/t esen vanila


C

1 cwn butter cair (250gm butter dicairkan)

2 biji telor (slighly beaten)

1 cwn susu cair



Cara:

1. Adunan A di ayak 3 kali. 

2. Campurkan adunan B & C. 

3. Masukkan bhn basah kedlm adunan bahan A. Sebatikan adunan. 

4. Masukkan adunan tepung sedikit2 dlm bhn basah sambil kacau. (FYI-adunan kek ini cair dan agak berbintil jika tdk disebatikan dengan betol) 

5. Tuangkan sebatian adunan kedalam bekas cupcake 3/4 bekas. 

6. Kukus selama lebih kurang 15min @ sampai cucuk lidi tak melekat lagi.